1. Apakah kami belajar pada semester 4 ini?
2. Nyatakn 3 objektif blok.
Kami memberi pelbagai jenis jawapan. Jawapan yang diberi oleh kami adalah tidak tepat. Ini menyebabkan beliau berasa kecewa dan duduk di atas jalan raya walaupun beliau adalah Timbalan Pengarah. Kami berasa serba salah. Beliau meminta kami mengimbas kembali apa yang kami pelajari pada kelas-kelas yang lepas. Selepas beberapa minit kami pun mula menjawab soalan beliau dengan tepat. Kami memberi jawapan bagaimana hendak membuka blog pengajaran dan pembelajaran, membina pangkalan data yang ringkas, menggunakan pangkalan data dalam pengurusan pendidikan, meneroka laman blog pendidikan dan 10 cara bagaimana guru boleh gunakan blog dalam pendidikan. Seterusnya kawan-kawan saya mula manjawab bahawa beliau telah meminta meneroka blog pendidikan,melihat contoh-contoh blog,membincangkan kandungan blog dan sebagainya.Beliau ketawa dan menerima segala jawapan kami. Beliau berasa gembira dengan jawapan yang diberi oleh kami.
Pelajar yang tak dapat jawab pula beliau menyoal mereka apa yang telah dimakan malam semalam.Apabila soalan itu dapat dijawab beliau ketawa dan memberitahu " asyik fikir pasal makan sahaja". Selepas itu KO kelas kami sampai ke blok C dengan menunggang motosikalnya dengan laju dan tanpa memakai topi keledar. Tuan Pensyarh kami meneguh KO kami dan memberitahu dia boleh dikena saman kerana dipandu laju dan tidak memakai topi keledear. Jika tidak akan disaman oleh pihak pentadbiran maktab. Tiba-tiba beliau bangun tergesa-gesa karana digigit semut.
Tepat pada pukul 8.30 pagi datanglah tiga orang rakan kami lagi. Apabila disoal kenapa datang lambat,jawapannya ialah bangun lambat. Selepas itu beliau menyuruh kami untuk menulis refleksi tentang peristiwa hari ini untuk satu muka surat dalm blog masing-masing. Selepas itu tuan pensyarah memberi masa untuk sarapan pagi......
No comments:
Post a Comment